AKU HAMPIR GIVE UP, NAMUN…



Kami sudah berkenalan hampir 4 tahun. Tempoh yang pada aku sudah cukup untuk kami ke alam yang seterusnya; perkahwinan. Namun aku faham, dalam kos yang kian meningkat saban hari yang menekan kehidupan kebanyakan masyarakat kini, kos penyediaan perbelanjaan untuk berkahwin sudah tidak seperti zaman kakak-kakak dan abang-abangku dahulu. Lebih-lebih lagi terhadap kekasihku Fattah (bukan nama sebenar), yang bekerja sebagai peniaga kecil menjul kuih muih di tapi jalan. Ye dia mempunyai perniagaan sendiri. Namun dia masih baru. Masih perniagaan kecil. Masih belum kukuh. Masih mengikat perut.

Fattah bukan dari keluarga senang. Hanya lepasan SPM. Kehulu kehilir mencari kerja tapi tidak dapat. Dia akhirnya ambil inisiatif menjual makanan di tepi jalan tempat aku kerja di ibu kota. Untungnya cukup untuk rolling modal, buat makan sikit, dan simpan sikit.

Aku kenal Fattah waktu sekolah di tingkatan 4. Hanya kawan biasa. Lost contact lepas SPM. Dan takdir pertemukan kami 3 tahun kemudian di tempat dia berniaga, sewaktu aku sedang mengambil jurusan degree in law di institut pengajian tinggi berdekatan. Dia banyak tolong hantar aku ke stesen bas untuk aku pulang ke kampung. Selepas mengenal hati budi masing-masing, kami jatuh cinta. Pernah sekali dia hantar aku ke pangkuan keluargaku di mantin, negeri sembilan ketika aku sakit. Sejak itu Ibu bapaku sudah megenali Fattah. Fattah baik pada mereka.

4 tahun kemuadian, aku dah grad. Dan aku dilantik sebagai peguam pelatih di company berdekatan dengan tempat Fattah niaga. Dan sudah 4 tahun juga usia pengenalan kami. Selepas 4 tahun berkenalan, terdetik dalam sanubariku untuk bertanyakan kepada Fattah tentang soal perkahwinan kami.

Aku tahu dia susah. Aku tahu dia kesempitan wang. Mungkin juga aku pentingkan diri. Tapi aku gagahkan diri bertanyakan soal bila untuk kita hidup bersama.

Dia hanya bertenang dan diam. Dia minta aku bersabar. Dia minta aku berikan dia masa, masa untuk kumpulkan duit perbelanjaan kami.

Aku faham.

Tapi…

Suara-suara saudara-mara. Suara-suara rakan-rakan. Bertubi-tubi bertanyakan soalan “bila nak kahwin?” sedikit sebanyak memberi tekanan pada diriku. Ditambah lagi soal usia yang kian meningkat, dan rakan-rakan yang satu per satu melangkah alam perkahwinan. Aku tertekan. Aku down. Pernah beberapa kali aku mengadu pada zai kerana tak tahan dengan suara orang sekeliling.

Dan seperti biasa, Fattah menasihatkan supaya aku bersabar dan beri dia masa. Mungkin dia serba salah. Aku faham. Dan aku tidak salahkan dia. Cuma sekali sekala aku terpaksa luahkan pada dia. Dialah pendengar rintihan dan rengekkan aku.

Hampir 6 tahun hubungan kami, namun masih tiada tanda-tanda dia akan mengahwiniku. Aku redha. Sejujurnya, aku hampir give up. Sehinggalah akhirnya aku dapat hadiah yang sangat bermakna dari Fattah. Hadiah bermakna yang telah menyentuh jiwa dan menaikkan semangatku untuk terus mempercayai dia. Hadiah yang membuat aku untuk terus mempercayai cinta Fattah yang ikhlas. Setiap kali aku down dengan suara-suara kecil dikelilingku, aku akan pulih dan kembali bersemangat melihat pemberian Fattah yang aku letakkan dihujung katilku.

Hari ini genap 7 tahun tempoh pengenalan kami. Fattah sudah semakin sibuk meguruskan cawangan Restoran miliknya. Dan aku disini, menulis sedikit coretan tentang diriku, sebagai seorang isteri kepada suami yang bernama Fattah.



hadiah istimewa
Cinta dari Fattah.

No comments:

Giveaway April 2017!