PHC CSR


PHC Bantu merupakan satu inisiatif oleh Pink Heart Craft (PHC), di dalam meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan untuk mengharungi kehidupan seharian mereka.


Mulai 24 Mei 2017, RM 1 dari setiap pembelian item oleh pelanggan PHC, akan dimasukkan ke dalam tabung PHC Bantu.


Jumlah yang terkumpul dalam tabung ini akan disalurkan kepada insan yang dipilih pada 29hb setiap bulan (saluran pertama pada 29 Jun 2017).

Diharapkan agar inisiatif ini dapat memupuk sifat ihsan dan belas kasihan sesama manusia. Sedarlah kita bahawa ada insan yang lebih berat dugaan hidupnya dari kita. Jadi, ambillah sedikit masa untuk ucapkan syukur kepada sang Pencipta, dan tanamkan azam untuk membantu insan-insan lain yang lebih memerlukan.


Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
Razif
Management,
Pink Heart Craft.


*info insan terpilih → Kesempitan Kak Seri & 5 Anak Kecil. Sumber Bersamamu TV3

No comments:

Giveaway April 2017!